Wednesday, November 27, 2013

Cara Mudah Membuat EM

Salam semua...lama pulak rasanya aku tak tengok blog aku ni. Hari ni boring sangat tak tau nak buat apa..la ni tiap2 hujung minggu aku balik rembau tanam ubi kayu..dulu kalau kata tanam ubi kayu orang pandang tak pandang je ke kita. Tapi la ni..hi..hi..pokok tak sempat nak cukup umur dah sibuk tanya..dah ada ka orang nak beli kalau tak nak tempah ni..nak tempah ni..tu dia aiih..kalut nya dia nak kan ubi aku...
Hari ni aku nak kongsi satu rahsia dengan hang pa semua...bukan tentang ubi kayu..ubi kayu tak cukup umur lagi..tapi.....
Setiap hari sabtu di rembau ada pasar tani..jadinya aku suka pegi merewang kat situ..tengok pokok yang depa jual kat situ..jiwa aku ni memang suka kaler hijau termasuk la lampu isyarat..kalau hijau dengan selamba je aku jalan..dalam banyak-banyak yang aku tengok..ada satu benda ni buat aku tertarik...harga murah je rm10/liter.EM..tu la yang depa tulis kat botol tu dan cara guna...itu je..
Start dari hari tu..aku pun cari la maklumat dari pakcik google...aku kaji semua blog yang aku jumpa dan aku telah cuba buat dan guna ..terbukti..menjadi..
Kat bawah ni ada resepi mujarab yang aku nak kongsi...kalau berminat..sila la cuba..aku dah permudahkan untuk di kongsi bersama..



Cara-cara membuat EM

1.      Dapatkan 1 bekas yang sesuai dengan kandungan bahan yang akan dibuat dan tidak lebih 2/3 dari bahagian bekas yang di isikan bahan.
2.      Bekas yang digunakan mesti lengkap dengan penutup.
3.      Masukkan 10 liter air.
4.      Masukkan 1kg gula merah dan kacau sehingga gula tadi telah cair sepenuhnya.
5.      Masukkan 1 botol yakut (boleh masuk ataupun tidak).
6.      3kg kalau mengunakan sisa dapur seperti nasi ,kulit buah-buahan,sisa ikan dan sebagainya boleh terus dimasukan ke dalam bekas tetapi kalau mengunakan sisa tumbuhan , buah nenas ataupun labu,bahan-bahan ini hendaklah di cincang terlebih dahulu.
7.      Seterusnya bekas ditutup penutupnya dan letakkan di tempat redup.
8.      Setiap hari penutup hendaklah dibuka untuk mengeluarkan gas yang terhasil dan ditutup semula.
9.      Bahan-bahan didalam bekas hendaklah dikacau setiap 3 hari untuk percepat proses pereputan.
10.  Setelah 1 bulan cecair yang terhasil daripada proses inilah yang dinamakan EM (Mikroorganisma Efektif).
11.  Semua cecair yang terhasil hendaklah ditapis dan bahan-bahan campuran tadi di perah.
12.  Sekarang kita telah menghasilkan EM pekat dan perlu dicairkan apabila hendak digunakan.

Amaran: Jika EM yang terhasil berbau masam-masam manis,kita telah berjaya kalau berbau busuk, hendaklah dilupuskan ke sungai.

Kegunaan EM
Menyuburkan tanah , pokok dapat membesar dengan cepat,menghasilkan buah yang banyak serta menghasilkan tumbuhan yang bebas dari bahan kimia.
Kalau ikut kata para blogger yang terlebih dahulu buat kajian..atau pun copy paste..macam-macam kegunaan EM ni sebenarnya..boleh campur dlm air minum ternakan..boleh cuci longkang..boleh cuci lantai..boleh kurangkan bau kandang lembu/ayam..pendek kata macam-macam boleh..hinggakan kambing yang dah terbukti bacin bau dia pun boleh jadi wangi....hebat-hebat..mungkin juga betul semua tu...tapi selagi aku belum cuba...tak berani nak suruh korang guna..
Untuk resepi diatas aku hanya cadangkan untuk tumbuhan saja...itu yang aku cuba sendiri tak tipu...mungkin lepas ni aku cuba pula buat sabun EM..hi..hi..hi..untuk bau ketiak yang degil...
jangan mare..
Cara Menguna EM
10ml  EM dicampurkan dengan  10 liter air dan boleh digunakan dengan cara menyiram terus ke tanaman kita ataupun untuk tanaman seperti orkid boleh juga di sembur mengunakan botol penyembur.
NISBAH BAHAN: 1:3:10 (contoh: 1kg gula merah + 3kg sisa dapur,sayuran ,buah + 10 liter air)
Selamat Mencuba