Wednesday, November 27, 2013

Cara Mudah Membuat EM

Salam semua...lama pulak rasanya aku tak tengok blog aku ni. Hari ni boring sangat tak tau nak buat apa..la ni tiap2 hujung minggu aku balik rembau tanam ubi kayu..dulu kalau kata tanam ubi kayu orang pandang tak pandang je ke kita. Tapi la ni..hi..hi..pokok tak sempat nak cukup umur dah sibuk tanya..dah ada ka orang nak beli kalau tak nak tempah ni..nak tempah ni..tu dia aiih..kalut nya dia nak kan ubi aku...
Hari ni aku nak kongsi satu rahsia dengan hang pa semua...bukan tentang ubi kayu..ubi kayu tak cukup umur lagi..tapi.....
Setiap hari sabtu di rembau ada pasar tani..jadinya aku suka pegi merewang kat situ..tengok pokok yang depa jual kat situ..jiwa aku ni memang suka kaler hijau termasuk la lampu isyarat..kalau hijau dengan selamba je aku jalan..dalam banyak-banyak yang aku tengok..ada satu benda ni buat aku tertarik...harga murah je rm10/liter.EM..tu la yang depa tulis kat botol tu dan cara guna...itu je..
Start dari hari tu..aku pun cari la maklumat dari pakcik google...aku kaji semua blog yang aku jumpa dan aku telah cuba buat dan guna ..terbukti..menjadi..
Kat bawah ni ada resepi mujarab yang aku nak kongsi...kalau berminat..sila la cuba..aku dah permudahkan untuk di kongsi bersama..



Cara-cara membuat EM

1.      Dapatkan 1 bekas yang sesuai dengan kandungan bahan yang akan dibuat dan tidak lebih 2/3 dari bahagian bekas yang di isikan bahan.
2.      Bekas yang digunakan mesti lengkap dengan penutup.
3.      Masukkan 10 liter air.
4.      Masukkan 1kg gula merah dan kacau sehingga gula tadi telah cair sepenuhnya.
5.      Masukkan 1 botol yakut (boleh masuk ataupun tidak).
6.      3kg kalau mengunakan sisa dapur seperti nasi ,kulit buah-buahan,sisa ikan dan sebagainya boleh terus dimasukan ke dalam bekas tetapi kalau mengunakan sisa tumbuhan , buah nenas ataupun labu,bahan-bahan ini hendaklah di cincang terlebih dahulu.
7.      Seterusnya bekas ditutup penutupnya dan letakkan di tempat redup.
8.      Setiap hari penutup hendaklah dibuka untuk mengeluarkan gas yang terhasil dan ditutup semula.
9.      Bahan-bahan didalam bekas hendaklah dikacau setiap 3 hari untuk percepat proses pereputan.
10.  Setelah 1 bulan cecair yang terhasil daripada proses inilah yang dinamakan EM (Mikroorganisma Efektif).
11.  Semua cecair yang terhasil hendaklah ditapis dan bahan-bahan campuran tadi di perah.
12.  Sekarang kita telah menghasilkan EM pekat dan perlu dicairkan apabila hendak digunakan.

Amaran: Jika EM yang terhasil berbau masam-masam manis,kita telah berjaya kalau berbau busuk, hendaklah dilupuskan ke sungai.

Kegunaan EM
Menyuburkan tanah , pokok dapat membesar dengan cepat,menghasilkan buah yang banyak serta menghasilkan tumbuhan yang bebas dari bahan kimia.
Kalau ikut kata para blogger yang terlebih dahulu buat kajian..atau pun copy paste..macam-macam kegunaan EM ni sebenarnya..boleh campur dlm air minum ternakan..boleh cuci longkang..boleh cuci lantai..boleh kurangkan bau kandang lembu/ayam..pendek kata macam-macam boleh..hinggakan kambing yang dah terbukti bacin bau dia pun boleh jadi wangi....hebat-hebat..mungkin juga betul semua tu...tapi selagi aku belum cuba...tak berani nak suruh korang guna..
Untuk resepi diatas aku hanya cadangkan untuk tumbuhan saja...itu yang aku cuba sendiri tak tipu...mungkin lepas ni aku cuba pula buat sabun EM..hi..hi..hi..untuk bau ketiak yang degil...
jangan mare..
Cara Menguna EM
10ml  EM dicampurkan dengan  10 liter air dan boleh digunakan dengan cara menyiram terus ke tanaman kita ataupun untuk tanaman seperti orkid boleh juga di sembur mengunakan botol penyembur.
NISBAH BAHAN: 1:3:10 (contoh: 1kg gula merah + 3kg sisa dapur,sayuran ,buah + 10 liter air)
Selamat Mencuba 

Monday, July 8, 2013

Kobis Punya Anak Kailan Dapat Nama


                                               Kobis Punya Anak Kailan Dapat Nama

 


                                                            

Dengar nama pun dah sedap..kalau rasa masakan pula, lagilah sedap. Hari ni aku nak cerita sikit tentang baby kailan ni. Pasti ramai yang tidak tahu tentang asal usul baby kailan.

 
                                          

Baby kailan ni sebetulnya anak kobis dan bukannya anak si kailan..anak angkat je..tapi di binkan si kailan.
                                       

Setelah kobis cukup umur, kobis di potong  tetapi  tunggulnya dibiarkan di atas batas. Setelah beberapa hari tunggul kobis tadi akan tumbuh beberapa tunas yang baharu.
 
                                            
Apabila tunas-tunas ini menbesar lebih kurang 10cm,tunas-tunas ini akan dipotong dan dijual sebagai baby kailan.

 

Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam

Friday, July 5, 2013

Hendak Seribu Daya

Bulan Disember yang lepas aku berpindah dari Seberang Takir Kuala Terengganu ke negeri kelahiran isteri aku Negeri Sembilan. Seronoknya dia...tak payah nak cerita la no..dia kata dah sepuluh tahun duduk tempat orang, cukup-cukup la merantau tu kata dia.
Aku ni bukan apa la..bukan tak mau balik negeri sembilan tu, tapi aku sayang rumah aku kat tganu tu.
Bukan senang nak beli rumah ni..kalau dua tiga hinggit tu..takpa la jugak..aku bukannya orang kaya
yang boleh beli bila aku suka.
Ada satu ayat dalam cerita PRamli yang aku tak boleh lupa..dia kata apa...SAPA TAK SAYANG BINI io...itu yang buat aku kalah tu.

Aku betoinya tak la kisah sangat, kalau nak pindah pun...aku pun bukannya orang tganu pun..aku orang Perlis nuu..tapi aku sayang sangat kat pokok-pokok yang aku tanam kat rumah di tganu tu.
Rumah tu tak la besar sangat..rumah semi-D setingkat je..tapi aku dapat tanam bermacam jenis pokok.Orang tengok sekali mesti nak tengok berkali-kali..kadang kesian tengok sampai berpusing leher diaorang berpaling sambil bawa motor..hi.hi..hi.
Mempelam gajah ada, mata kucing, delima, pokok katak puru..kauorang tau tak..ada orang panggil pokok nam-nam, pokok kari, pandan, belimbing besi, buluh madu...pendek kata semua ada..sayur-sayuran tak payah chita la no...memang kauorang tak caya punya.

Bila aku sampai je kat rumah di negeri sembilan...aku dah hilang semangat...laman dia kecik sangat . Aku nak berkebun pun tak dapat..yang aku sewa tu ..rumah teres..ada la kawasan tanah sikit..lebih kurang 10' X 5' penuh dengan lalang..kucing siap buat jamban pulak kat situ.

Tujuan aku tulis blog ni...adalah kerana aku nak berkongsi pendapat dengan kauorang..bagaimana kita hendak manafaatkan kawasan yang kita ada dengan tanaman yang dapat membantu mengurangkan kos dapur kita.
Bukan itu saja, tetapi dapat menjamin dari segi kebersihan dan bebas racun.
                                                                                                                                                                                     
 

 
     Kepada yang masih belajar nak kenal pokok...ini yang dinamakan pokok tomato. Disebabkan kawasan yang terhad aku tanam je dalam polibeg kemudian susun tepi pagar.

                             

 
Ini pulak pokok sawi nama dia,aku tanam dalam bekas plastic yang boleh dibeli di Tesco.

Seronoknya tengok sawi aku yang segar ni.
 

 
 
Gambar diatas namanya limau kasturi..limau ni kalau diperah dalam budu..letak cili padi burung..lepas tu bubuh pulak isi ikan rebus cicah pulak dengan ulam jantung pisang rebus..perrgh wa cakap lu.

 
Ini gambar pokok Tomato.....maaf ye gambar selerak tak pandai nak edit lagi..tp tangan gatai nak buat blog.

 
 

 
Ini pokok Bendi..benih yang aku tanam ni cepat betul berbuahnya. Tinggi lutut aku dah keluar buahnya. Jiran depan rumah selalu tegur...apa macam lu tanam haa..lu punya tangan banyyak ong oooo...aku jawab la balik..kalau nak rasa ambik je..hi..hi..hi


Dalam pasu tu pokok cili..kurang menjadi

Buahnya ada tapi kurang memuaskan...sesiapa yang tahu cara bagaimana nak bagi cili berbuah banyak tolong la bagitau ..boleh kita kongsi.

 
Ini pula gambar pasu pokok pandan dengan keladi..tumpang semai anak sawi

 
Dalam polibeg tu terung telunjuk

Sawi ni sebenarnya amat mudah ditanam..mula-mula semai dulu..biar dia tumbuh dulu lebih kurang 5cm kemudian baru diubah kebekas yang lebih besar. Baja pulak dibancuh terus dalam penyiram dan siram je seminggu sekali..air pulak disiram tiga kali sehari.
Selamat mencuba..sekarang aku tengah belajar tentang teknik tanaman hidroponik pulak.